Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumahmurahkl.blogspot.com, malahan saya amat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke sini agar kita semua dapat berkongsi ilmu tentang rumah di Malaysia khususnya mahupun di dunia amnya. Jadi saya mulakan dengan perkataan RUMAH.
Rumah (Jawi: رومه) merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari kerpan, angin, kepanasan, kesejukan dan penceroboh. Kadangkala rumah juga didiami haiwan, namun tempat tinggal yang khusus untuk haiwan biasanya dipanggil kandang atau sarang.
Bahan
binaan rumah secara ringkas biasa dari jenis kayu, pasir, simen,
batu-bata, kaca dan logam. Semua bahan masih mudah didapati di negara
kita, cuma mungkin harga sangat berbeza dari masa ke semasa.
Sebuah rumah yang berdiri tersergam indah biasa dibahagikan beberapa bahagian / ruang seperti :-
- Ruang tamu
- Ruang makan
- Bilik tidur
- Bilik air
- Dapur
- Tandas
- Balkoni
- Tempat letak kereta
- Padang
- Taman
- Tangga
- Kolam renang
Bukan itu sahaja, rumah juga mempunyai jenis - jenis yang biasa kita sebut seperti Rumah tunggal, seperti banglo, Rumah berkembar, seperti semi-D, Rumah bersambung, seperti rumah teres atau rumah
panjang, Rumah pangsa, seperti flat/apartment. jIka yang lebih mewah di
panggil kondominium, suite, servis apartment dan sebagainya.
Saya berharap dengan paparan ringkas ini menjadikan ia mukadimah bagi blog rumahmurakl.blogspot.com. Saya doakan anda ceria selalu di samping keluarga tersayang. Jumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment