LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT BIDAAN LELONG HARTANAH
1.
SMS nama anda,no ic dan alamat penuh rumah (seperti di dalam k/p anda
KE 016 626 7989 - kegagalan anda untuk berbuat demikian saya mohon maaf
terlebih dahulu kerana tidak akan melayan pertanyaan, objektifnya
mencari bakal pelanggan yang serius sahaja yang akan di bimbing secara
percuma*. Kemudian saya akan berikan Dokumen Pengisytiharaan Jualan(Proclamation of Sales) dan terma-terma Jualan(Condition of Sales). Sila baca dan fahamkan dengan teliti segala perkara berkaitan dengan baki tempoh pajakan sekiranya "Leasehold", kaveat persendirian, status bumiputra, tunggakan baki
yang perlu dibayar. Luangkan masa bagi melihat hartanah tersebut.
(Penerangan segala syarat jualan akan diberikan sewaktu perjumpaan nanti
- supaya anda lebih memahami.)
2. Sebelum merancang membeli harta itu, buat carian hak milik
secara rasmi atau tidak rasmi di pejabat tanah dan kemudian lawati
harta itu serta pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat
selanjutnya.
3. Setelah berpuas hati terhadap hartanah tersebut,Dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya mengenai
harga pasaran semasa bagi mengelakkan kerugian sewaktu bidaan
dijalankan. Sediakan Bank Draft untuk Deposit yang ditetapkan mengikut
bank atau pelelong iaitu 5% atau 10% daripada Harga Rizab.
4.
Sewaktu bidaan berlansung cuba elakkan daripada terpengaruh dengan
tawaran pembida - pembida yang bertarung sesama anda daripada segi
emosi. Sekiranya ianya terjadi anda akan menjadi manusia yang agak
MALANG, ini adalah kerana anda boleh membeli hartanah itu mungkin lebih
rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pihak penjual melalui skil
perundingan dan tawar menawar di luar sana tanpa menghadiri acara
lelongan awam tersebut.
5.
Makluman, Anda yang baru kali pertama mengikuti acara lelongan cuba
elakkan bercampur dengan “sindiket-sindiket” atau "ulat-ulat" bagi
mengelakkan spekulasi terhadap hartanah yang anda ingin dapatkan itu.
6.
Menggunakan ejen sebagai wakil anda. Selain menghadiri sendiri lelongan
itu, anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak
sebagai wakil anda untuk membuat bidaan. Pastikan ejen itu adalah
daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah. Anda boleh menghubungi
pelelong untuk mendapatkan kepastian mengenai ejen itu.
Selepas Berjaya
1.
Selepas tiada lagi pembida yang membuat tawaran lebih tinggi, pelelong
akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan
lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.
2. Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.
3. Mendapatkan pinjaman. INI SANGAT PENTING.
Perlu diingatkan tempoh 90 atau 120 hari adalah merupakan masa yang
singkat, justeru itu dapatkan jururunding yang berpengalaman bagi
membantu anda dalam soal pinjaman, peguam, tukar nama dan sebagainya.
Jika gagal...bukan bermakna tidak ada peluang....cuba lagi ini untuk mengelakkan deposit anda tidand#a terwat
***Kalau
tak Berjaya: Bank Draf anda akan dipulangkan semula pada masa itu juga.
Pergi semula ke Bank yang anda beli bank draf tadi untuk mendapatkan
wang tunai(ditolak sedikit kos daripada pihak bank lebih kurang Rm2.00).
Kemudian bersedia untuk membeli hartanah lelongan pada masa akan
datang.
4. Langkah di atas adalah panduan asas untuk membuat bidaan di lelongan awam. Ia sebenarnya tidak susah untuk dilakukan tetapi bagi mereka yang baru mula mencuba untuk membida, berhati-hati dan sebaiknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan. Anda perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional.
Selamat Mencuba, Saya doakan anda berjaya !!!
No comments:
Post a Comment