Thursday, 21 June 2012

Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL

Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL

Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.
Harga kediaman yang lebih tinggi didorong oleh permintaan yang kukuh, kenaikan kos input pembinaan, kekurangan tanah, dan pinjaman yang mudah diperoleh.
Laporan itu menyatakan peningkatan hargysia dan didorong oleh pertambahan jumlah penduduk di kawasan bandar dan peningkatan pendapata tanah kediaman merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu perumahan di Malaan isi rumah.
Faktor tersebut menyumbang kepada permintaan melebihi penawaran terutama bagi rumah kos rendah dan sederhana yang terjejas akibat projek perumahan terbengkalai dan lewat serta kawalan kualiti yang tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan berkualiti rendah.
Beberapa inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac tahun ini untuk membantu golongan muda bawah 35 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Sehingga akhir Jun 2011, sebanyak 772 permohonan diterima dan 143 telah diluluskan dengan jumlah yang dijamin bernilai RM7 juta melalui skim itu.
Menurut laporan itu, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lepas merupakan satu lagi program Perkongsian Awam-Swasta melibatkan kerajaan dalam menyediakan tanah dan kemudahan dana untuk pembinaan rumah di kawasan bandar pada harga berpatutan.
Fasa pertama PR1MA melibatkan pembinaan sebanyak 42,000 unit rumah di 20 kawasan termasuk Bandar Tun Razak, Cyberjaya, Putrajaya, Seremban Sentral dan Sungai Besi. Sebanyak 560 pangsapuri dibina dalam projek PR1MA pertama di Presint 11, Putrajaya.
Inisiatif memulihkan projek perumahan terbengkalai dilakukan dan sehingga akhir Julai lepas, 81 projek yang terdiri daripada 15,494 rumah telah dipulihkan.
– BERNAMA

1 comment:

.