Tuesday, 19 June 2012

KENAPA LELONG

Kenapa Lelong?

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera....

Apa khabar semua..? harap dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang.

Ermm.. cepatnya masa berlalu...sekarang dah hampir penghujung Jun 2012...target anda semua dah hampir tercapai ker?? Kali saya ingin berkongsi
dengan anda semua tentang kelebihan membida hartanah lelong samaada rumah, kedai tanah dan sebagainya....

Banyak persoalan yang timbul sebelum seseorang itu faham akan kelebihan yang maksimum terhadap pembidaan hartanah lelong. Soalnnya seperti …

TIDAK RUGI KER BELI RUMAH LAMA?
BANYAK ROSAK...LAGI
BANYAK KOS???
KALAU TIDAK MENANG BIDA DUIT KITA HANGUS KE??

BOLEH JUAL BALIK KER? DAN bermacam-macam lagi persoalan sebelum menang ….hehehe biasalah.

Anda sedar atau tidak rumah yang kita sewa mahupun beli harganya sentiasa meningkat?? Bahkan nilai boleh menjangkau lebih dari anggaran kita. Fuh! Sebab utama rumah adalah keperluan asas....Mahu atau tidak, kita wajib tinggal dalam rumah, sejak kecil lagi kita tinggal di rumah bersama ayah dan ibu, buruk atau cantik itu persoalan lain, bah dewasa ini jika kita sudah mendirikan rumahtangga  pastinya kita mahukan rumah sendiri bersama pasangan. Mahukah kita hendak menumpang lagi. Kita cari rumah sendiri. Pada mula kita akan menyewa.... Tapi persoalannya sampai bila?????

Di sinilah bermula anda perlu buka minda untuk lihat peluang yang terhidang, dengan mudah dan murah anda bakal memiliki rumah sendiri. Bagaimana???

www.rumahmurahkl.blogspot.com sememangnya platform yang mesti anda lawati kerana di sinilah mendapatkan info terkini hartanah yang hendak dilelong. Selain itu anda juga akan dibimbing dengan tips-tips bagaimana hendak memenangi dengan harga lelong terbaik.
Malahan anda juga berpeluang untuk membuat pelaburan dengan hartanah lelong. Secara tidak langsung anda berupaya menambah pemdapatan bulanan dengan menyewa rumah anda. Ermm..berbaloi lagi jika anda tahu rahsianya. Jangan risau saya akan membantu anda sekiranya anda berminat untuk tahu. :)

Semua sedia maklum, harga rumah bagi lelongan jauh lebih rendah.... Malah ada mencecah 40% lebih rendah berbanding harga pasaran...

Pengiraan mudah:-

Harga market: RM 100000
Harga lelong: RM 60000

Anda jimat RM40k di sini
Bayaran bulanan pula:
harga market sewa - RM600
bayaran bulanan - RM340  (base BLR 6.6%)
anda jimat RM260 sebulan...setahun RM3120

Kalau ada 5 buah rumah anda sewakan???
Inilah dikatakan pelaburan hartanah....

Kalau tak sewakan??? Anda jual jer ikut harga market....
Tup tup, anda dapat untung RM40k....WOOWW.........

Senang2 jer dapat RM40k dengan jual rumah lelong.....Bagaimana?? Nampak menarikkan... Mungkin anda tidak pernah terfikirkan sebelum ini...Tapi inilah hakikatnya...Ramai di luar sana telah menggunakan teknik ini untuk mendapatkan keuntungan pasif dalam portfolio pelaburan mereka....

Akan tetapi, setiap keuntungan pasti ada modal yang perlu dilaburkan...Rumah lelong juga tidak terkecuali. Antara modal yang anda perlu ada:
1. Deposit (5% @ 10% daripada reserve price)
2. Duit lawyer
3. Yuran lelong
4. Bayaran tunggakan (selalunya utiliti saja)
5. Dan lain2 termasuklah stamping, agreement dan sebagainya

Kalau rumah lelong RM 60k, total modal yang anda perlu sediakan lebih kurang dalam RM15k. ini anggaran kasar jer...Anda kena sediakan bagi keseluruhan proses lelongan. Sebenarnya anda akan jimat dari segala segi harga, lokasi, permasalahan rumah terbekalai. Anda bersedia untuk mendapat keuntungan???! Jadikan diri anda seorang pelabur senyap. :)

Ramai kata beli rumah lelong, kita akan rugi banyak, kita kena banyak keluar belanja untuk renovate atau kemas rumah...Ini semua terletak kepada kebijaksanaan kita sebagai pembeli. Beli tanpa rujukan memang akan menimbulkan masalah. Namun hakikatnya, rumah lelong lebih mendatangkan kelebihan jika kita tahu macam mana nak uruskan.

Mungkin anda dah tertanya-tanya macam mana hendak mulakan proses lelongan ini...Lihatlah list lelongan yang ada pada blog ini.. Anda boleh hubungi saya bila-bila masa..
Saya sedia membantu anda...

The Future Depends on What We Do in the Present!
Mahatma Gandhi

No comments:

Post a Comment

.