Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL
Harga purata unit kediaman di ibu negara
meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata
nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut
Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.
Harga kediaman yang lebih tinggi
didorong oleh permintaan yang kukuh, kenaikan kos input pembinaan,
kekurangan tanah, dan pinjaman yang mudah diperoleh.
Laporan itu menyatakan peningkatan hargysia dan didorong oleh pertambahan jumlah penduduk di
kawasan bandar dan peningkatan pendapata
tanah kediaman merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu
perumahan di Malaan isi rumah.
Faktor tersebut menyumbang kepada
permintaan melebihi penawaran terutama bagi rumah kos rendah dan
sederhana yang terjejas akibat projek perumahan terbengkalai dan lewat
serta kawalan kualiti yang tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan
berkualiti rendah.
Beberapa inisiatif dilaksanakan kerajaan
bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya memperkenalkan Skim Rumah
Pertamaku pada 8 Mac tahun ini untuk membantu golongan muda bawah 35
tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Sehingga akhir Jun 2011, sebanyak 772
permohonan diterima dan 143 telah diluluskan dengan jumlah yang dijamin
bernilai RM7 juta melalui skim itu.
Menurut laporan itu, Projek Perumahan
Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Julai lepas merupakan satu lagi program Perkongsian
Awam-Swasta melibatkan kerajaan dalam menyediakan tanah dan kemudahan
dana untuk pembinaan rumah di kawasan bandar pada harga berpatutan.
Fasa pertama PR1MA melibatkan pembinaan
sebanyak 42,000 unit rumah di 20 kawasan termasuk Bandar Tun Razak,
Cyberjaya, Putrajaya, Seremban Sentral dan Sungai Besi. Sebanyak 560
pangsapuri dibina dalam projek PR1MA pertama di Presint 11, Putrajaya.
Inisiatif memulihkan projek perumahan
terbengkalai dilakukan dan sehingga akhir Julai lepas, 81 projek yang
terdiri daripada 15,494 rumah telah dipulihkan.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment